~ SHINee ~

~ SHINee ~
0new ,Team!n , J0nghyun , M!nh0 , Key

Saturday, 4 May 2013

Tomorrow PRU !

Ak amik ni dr FB ( Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad'sphoto. ) sbnarnye, just nk share kt org yg slalu bce blog ak. Ni satu2nye explanation yg ak rase bgs tuk org yg sepatutnye boleh berpikir secara waras. Ntah la. Ak bkn la sokong sgt kerajaan skang ni tp ak xnk negara Malaysia ni jdi tungang-langgang. Kpd yg menyokong parti pembangkang, mintak maaf ye. Ak bkn la nk menyinggung perasaan sape2 dgn meletakkan artikel tu kt cini tp kite ni Hamba Allah yg x lepas dr buat kesalahan. Begitulah jgk dgn pemimpin kita. Xkan ade org yg perfect kt dunia ni selain Rasul2 dan Nabi2. Take ur time to read and think carefully.

RAHSIA TUN DR M AKHIRNYA TERDEDAH!!! 

Psssttt!! Saya ada nak bercerita sikit. Rahsia ni!!! Penyokong2 tegar PR saya tak benarkan baca. Tapi kalau anda masih atas pagar, belum buat keputusan, tak apa. Silakan baca. Kalau sekerat jalan dah boring.. tinggalkan jer.. pergi tengok video Ironman ker, Pokemon ker lagi bagus. Sukahati korang lah..

Macam ni... Saya selalu percaya bahawa demi kebaikan dan keselamatan anak-anaknya, ibu bapa kadang-kadang pasti ada merahsiakan sesuatu. Bukanlah rahsia yang besar barangkali. Mungkin rahsia seperti di mana ibunya dapat duit yang banyak sedangkan dia tu IT.. (IT...??? Ibu tunggal lah..). Sebenarnya, ibunya sengaja tak nak bagitahu sebab wang itu adalah wang derma ikhsan orang kampung atau apa-apa lah. Itu contoh jer. Macam tak kena jer contoh saya ni.. Tak apalah tu. Anda sendiri pun mungkin ada benda-benda yang anda tidak hendak bagitahu pada anak-anak. (Apa? Tak kahwin lagi??) Anda rasa benda tu tak penting untuk mereka tahu. Takut nanti kalau si abang tahu yang anda melebihkan si kakak, merajuk pulak si abang. Takut kalau yang lelakinya begitu, melenting pulak yang perempuannya begini. Maka adalah sebab2 tertentu kenapa mereka tak perlu tahu tindak-tanduk anda. Biarlah mereka tak tahu asalkan mereka bahagia. Anda ada sebab-sebab sendiri kenapa perlu berahsia.

Begitu juga dengan Kerajaan kita. Saya sentiasa yakin dan dah lama percaya mesti ada sedikit-sebanyak rahsia-rahsia yang disimpan Kerajaan yang tak hendak diketahui oleh rakyat jelata. Maklumlah.. kalau di rumah kita cuma ada perempuan dan lelaki, di negara kita ada Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban, Melanau, Dayak, Senoi, Negrito dan entah berapa lagi. Tak hairanlah kalau Kerajaan nak simpan sedikit sebanyak rahsia demi kesejahteraan rakyat. Nanti terlebih kat India, Melayu melenting... Tolong Melayu lebih sikit, Cina memberontak... Bagi kat Cina biasiswa, Melayu bising, Cina pun tambah bising lagi. Boleh faham kan?

Jadi, kalau Dr. M mengatakan dia memang ada bagi RM300 juta setahun kepada Kelantan tetapi secara senyap-senyap atas alasan wang itu adalah untuk membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan, saya memang tidak hairan sedetik pun. Dalam secelaka-celaka Dr. M (kata puak pembangkang lah), saya dapat merasai jiwa halus keMelayuan nya. Jiwa sensitif keIslamannya. Memang dia banyak membantu orang Melayu kita dan Islam khususnya. Saya dah katakan bahawa saya ada membaca buku 'The other side of Mahathir' yang menceritakan kisah awal dia sebagai "a practicing doctor." sebelum masuk politik. Orang kampung sering mencari beliau, datang merayu meminta bantuan ubat, bantuan rawat, malahan bantuan wang. Dan dia dengan senang hati, rela hati dengan redha isteri tersayang, Dr Siti Hasmah (masa tu belum ada pangkat apa2 lagi), selalu membantu yang miskin dan yang susah, kadang-kadang tanpa bayaran satu sen pun walaupun pada pukul 3-4 pagi. Di sini ingin saya merayu kepada anak-anak yang tidak tahu dan adik-adik pelajar yang suka terikut-ikut, memberontak membabi-buta, cari lah buku ini dan bacalah sampai habis supaya korang tahu menilai dan menghormati orang tua dan pemimpin.

Dalam zaman pemerintahannya pun Dr. M banyak membantu orang Melayu. Saya sendiri mendapat biasaswa penuh Kerajaan untuk ke luar negara. Kawan-kawan pun ramai berduyun-duyun sama. Ke Amerika, Kanada, Australia, United Kingdom dsbnya. Cemburu kaum Cina bukan kepalang kerana mereka tak faham nawaitu suci Dr. M melaksanakan DEB. Untuk merapatkan jurang perbezaan terutamanya jurang professionalisma dan ekonomi. Kalau tidak, sampai hari inilah ramai Melayu yang masih duk main wau kat Ketereh atau main gasing kat Kota Bahru atau main race kerbau kat Pendang, kat Kodiang, kat Changlun. Sekarang ni orang Melayu main golf, main go-kart, race motor, race kereta Formula 3,2,1. Ada yang dah sampai ke bulan pun. Orang Cina semakin cemburu. Mereka memberontak dan kesan pemberontakan mereka sehinggalah ke hari ini seperti yang Tuan-Tuan nampak. Biasiswa kerajaan sekarang atas dasar meritokrasi. Meritokrasi tu maknanya yang terrer ler menang. Jangan mimpilah korang nak dapat biasiswa kalau setakat 5, 6A jer. Anak Cina pergi tuition 7 malam seminggu dari 2 Januari start persekolahan sampai hari peperiksaan SPM. Mak bapak diaorang banyak duit. Mak bapak korang ada? Kalau dah kaya sekarang jangan nak sombong lah.. Melayu mudah lupa. Sebenarnya, kalau Kerajaan kita boleh hantar 10 anak Bumiputera ke luar negara atas ikhsan biasiswa, mereka melalui persatuan Cina, yayasan Cina dan syarikat konglomerat-konglomerat (berbelit lidah nak sebut) mereka tak ada masalah nak hantar 50 orang, 100 orang anak Cina. Tak perlu biasaiswa Kerajaan sangat pun. Namun masih ada jugaklah di kalangan mereka yang perlukan bantuan. Jangan kita nafikan yang itu. Cuma tak semiskin kita. MCA pun pandai juga mendesak untuk menjaga kebajikan kaum mereka. Anak India juga yang susah. Tapi tak jugak.. Samy Vellu dan MIC ketika itu pun memainkan peranan menjaga kebajikan mereka. Kalau mereka tak puas hati MIC kenalah menjawab. Tapi kaum Cina terutama yang beraliran DAP terus-terusan menuntut. "Go for change", meraka laungkan. "Reformasi" mereka jerit. "Bersih-kan Kerajaan", "Tuntut Keadilan"!!! Nampak?? Terus-terusan KIASU. Tak nampak lagi?? Objektif mereka ialah no 1 duit, no 2 duit dan no 3 pun duit jugak. Bukan saya yang cakap tapi Professor Ungku Aziz beberapa tahun dulu di dalam radio. Malangnya kawan-kawan saya yang sama terbang keluar negara dulu turut juga memberontak. What the %$#@!! Belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh nampak gajah depan mata.

Oooppss.. ada peyokong pembangkang baca tulisan ni? Apa diaorang buat kat sini. Alamak!! Habis bocor rahsia kita. Hmm...Tak apalah..

Dr. M diiktirafkan sebagai tokoh Islam di mata dunia. Bukan kecil sumbangannya. Demi Palestin, demi Bosnia Herzagovina dan banyak lagi. Di penghujung tulisan saya ni ada senarai-senarai rujukan saya. Tuan-tuan boleh semak dan tolonglah semak. Allah mengizinkan beliau memasuki Ka'abah tuan-tuan. Maha suci Allah yang menghendaki. Zalim kah Dr. M kalau macam tu? Apa?? Tuan-tuan tak pernah dengar cerita tu? Memanglah tuan-tuan ni.. leka nak memberontak jer.. Apa yang diberontakkan pun tak tahu lah. Objektif blurrr... Nak panggil orang MahaFiraun pun biarlah pakai otak. Berapa ramai orang Islam yang tuan-tuan kenal diizinkan Allah masuk Ka'abah? Ustaz Haron Din is one. Allahuakbar!

Rasuah?? Tuan-tuan handal sangat kah mentadbir keluarga sendiri? Kalau keluarga pun tak terlayan, inikan Dr. M yang mentadbir negara tuan-tuan. Ada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan, Kementerian Dalam Negeri dan banyak lagi. Masing-masing ada menterinya, ada KSUnya, ada Ketua Pengarahnya, Pengarah kecik, besar dan pegawai-pegawai berbagai kelas lagi. Ada yang UMNO jaga. Ada yang MCA jaga, ada yang Gerakan jaga dan ada yang MIC jaga. Kalau diaorang ni rasuah, salah Dr. M juga kah? Salah UMNO juga kah? Ohh.. bapa kencing berdiri, anak-anak kencing berlari lah ya? Ya lah.. kalau anak-anak kecil tu tak per lah jugak. Belum mummayyiz, belum baligh.. bapa kena tanggunglah tindak-tanduk diaorang. Ini kita bercakap pasal Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan yang dah jadi bapak orang malahan datuk orang. Nenek pun ada. Takkan tak tahu jaga peribadi masing-masing. Korang makan rasuah, salahkan PM, salahkan UMNO jugak. Kesian kat Dr. M. Korang lah sebenarnya yang membusukkan nama parti. Nama BN. Nama Kerajaan. Tapi Dr. M ada rasuah jugak kannnn..? Entahlah... biarlah Dr. M yang jawab. Dalam 54 tahun Malaysia merdeka, BN memerintah, sedikit sebanyak, kalau dah sama-sama berkubang, terpalit jugaklah setitik dua lumpur. Diaorang ni bukan Malaikat. Level iman semua lain-lain tingkat. Nasib baik DSAI dah keluar parti. Maka macai-macai dia pun ingat dia bersih, maksum. Padahal...hmmmm... Korang ingat kalau PR memerintah nanti tak ada rasuah? Saya duduk buat bisnes kecil-kecilan di Selangor bawah PR ni pun sedikit sebanyak dah terkena tempias rasuah. DSAI tak ada rasuah? Bersih? LGE bersih? Karpal Singh bersih? TGNA bersih? Kalau nak tahu tuan-tuan pergilah tanya pakcik Google tu. Cuba taip "kes balak Kelantan". Cuba taip "kes rumah murah Penang DAP". Cuba taip "Kes pasir Selangor". Kalau ada puak pembangkang baca ni.. sunat 2 kali pun diaorang takkan percaya.

Phew... letihlah nak cerita. Dipendekkan, kita berbalik pada isu Dr. M memberi RM200 juta setahun secara discreet kepada Kelantan. Discreet tu maknanya senyap-senyaplah. Yang bocorkan cerita ni bukannya Dr. M sendiri kerana jiwanya besar. Yang mendedahkannya ialah seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan. Ceritanya boleh rujuk di link di bawah. Kalau terserempak ayat-ayat maki-hamun tu tuan-tuan tutuplah sebelah mata. Saya pun tak suka yang tu. Itu kerjaan si blogger. Tapi pada asasnya saya sedih kenapa TGNA yang diangkat rakyat PAS sebagai ulamak serambi Mekah masih berdolak-dalik, menidakkan jasa Dr. M. Tak terlintas sedikitpun ke nak berterimakasih. Demi menutup kelemahannya mentadbir Kelantan, demi Putrajaya, apa pun boleh..

Tuan-tuan tak puas hati? Nak cerita pasal Altantunya? Hmm.. entahlah abang PM ni. Dia dah bersumpah tak kenal Altatunya. Tapi isteri tersayang yang dicabar rakyat, belum lagi angkat sumpah rasanya. Saya tak tahu lah.. rakyat yang menuntut keadilan.. tapi apa yang saya tahu memang keputusan kes Altantunya ni meragukan saya. Biarlah.. siapa yang bersalah tu jawablah nanti. Salah tetap salah. Tak boleh lari punya. You can hide but you can't run..

Undi ni macamana? Pada saya senang jugak lah.. Kalau ada suara memaksa saya pilih antara dua syaitan, yang mana saya nak? Jawabnya saya tak nak. Eeeee...Takut... Tapi saya perlu juga memilih kerana itu kewajipan saya kata suara tersebut. Hmmm... macam ni lah. Antara bapa syaitan dengan anak syaitan.. saya pilih mak syaitan. Noooo.. seriously.. Pada saya, isu rasuah saya dah tolak tepi. Sebab dua-dua syaitan sama sahaja. Markah seri. Percayalah. Sekarang ni kita timbang tara antara si Pembunuh ( kita anggap dulu tohmahan PR tu betul) dan si Penyeleweng Akidah yang berkawan dengan si Kaki Liwat (kita anggap tohmahan orang BN tu betul). Saya langsung tak jumpa rujukan direct untuk si Pembunuh tapi saya ada rujukan direct untuk si Penyeleweng Akidah dan rujukan direct untuk si Kaki Liwat. Tuan-tuan pilih lah.. antara nak sokong si Pembunuh ker atau si Penyeleweng Akidah dan Si Kaki Liwat? Ini bukan saya yang tuduh YB-YB ni macam tu tapi saya membuat analisa hypothetical berdasarkan kajian saya sendiri sebab saya dipaksa memilih.

Tambahan lagi, secara ringkas, dalam BN ada UMNO, MCA dan MIC. Atas dasar persefahaman yang dah dimeterai, secara de-facto UMNO sebagai ketua BN mewakili orang Melayu dan Bumiputera termasuk bumiputera orang Asli, Sabah dan Sarawak. MCA menjaga hal-ehwal kaum Cina dan MIC hal-ehwal orang India. Simple dan mudah untuk difahami. UMNO jugak penjaga ugama Islam (boleh jugaklah kalau nak dipertikaikan.. tapi Alhamdulillah not that bad.) Manakala MCA dan MIC menjaga budaya dan pilihan agama masing-masing. Masih lagi mudah nak difahami.

Now.. hypothetically, kalau PR menang.. siapa yang no 1. PKR kot rasa-rasanya. Apa?? PAS?? Ye ker? PKR kannn..?? Now no. dua siapa? DAP kot sebab majority orang Cina ramai jugak. Tak? Pas no 2? Errr.. DAP nak ker duduk no 3? Marah orang Cina nanti. PAS kan mudah bertolak-ansur dengan DAP. So saya rumuskan secara rankingnya ialah, PKR, DAP dan PAS. Dari sudut ranking menjaga agama pun 1. PKR, 2. DAP dan 3. PAS. PKR jaga Islam ker? Err.. let me think sekejap? Apa?? Tak boleh fikir mudah macam tu?

Dalam mesyuarat tertinggi PR yang berlangsung Isnin lepas (29 April 2013 kalau tak silap), Pakatan Rakyat "has agreed to disagree." Akebendanya tu? Maknanya diaorang tak boleh nak sepakat. Khabarnya konon hanya 5% sahaja yang disagreenya. Termasuklah:

1. According to the statement, PAS has the right, on its own, to champion Islam and the concept of an Islamic state.

2. On the other hand, the DAP could champion the concept of a secular state, which is not aligned to the hudud issue.

(Lihat rujukan di link di bawah.)

Kalau yang ni dikatakan 5%... sia-sia jer ijazah saya di dalam Bsc (Computer Science & Mathematics). Mana perginya Hudud sebagai asas undang-undang di dalam Manifesto PR. Tak ada pun. Apa? Objektif nak bangunkan negara Islam dah modified jadi Negara Kebajikan? Oooo macam tu.... macam chameleon. Tukar-tukar warna. Kan elok kalau warna hijau kat bendera tukar warna pelangi.

Orang2 kampung yang kemungkinan lemah daya pemikiran mereka percaya, kalau tidak masuk PAS akan ke Neraka kerana PAS itu Parti Islam seMalaysia. "Mu kalu mu tokseh masuk PAS, maka mu buke Isle." Kalau sayalah nak berkempen untuk PAS, saya akan tambah sikit lagi. "Mu kalu ngaji di Universiti Kebangsae Malaysia atau dok ngaji kek Universiti Malaya atau mana-mana universiti laing, maka mu buke Isle sebab ore Isle patut ngaji di Universiti Isle Antarabangsa. Kalu mu buka akaun denge Mebenk, buka akaun dengan CIMB, buka akaun ASN/ASB denge Benk Simpane Nasional, maka mu buke Isle sebab hanya Bank Isle Malaysia Berhad saja ye layak untuk ore Isle." Errrkkk... macam sempit lak bunyinya fikiran saya kalau berkempen camtu. Tak gitu tuan-tuan?

Datang 5 Mei, saya tahu dah nak undi siapa. Nasib saya tak kena buang undi tempat di mana PAS lawan UMNO. Saya kena pilih antara DAP dengan MCA. Rakyat MCA pun marah jugaklah isu DEB ni. Banyak penyelewengan katanya. Tapi apapun.. for the next 5 years saya yakin UMNO akan berubah. BN akan berubah. Secara keseluruhannya, sekarang memang saya ada merasa perubahan tersebut. Sebagai orang yang bekerja sendiri, rasanya dulu projek berlambak-lambak sebab ramai orang makan rasuah.. agaknya lah. Ya lah.. dah semua orang percaya macam tu.. Dulu banyak projek direct nego (tak perlu melalui proses tender), projek wahyu (atas arahan dari atas), projek diada-adakan dsbnya. Sekarang ni dah sampai tak ada projek lah pulak. Ramai businessman kita bungkus. Semua dah takut di cekup SPRM.. maka buat kerja pun berhati-hati. Ikut prosedur, telus dan bersih dari rasuah. Tu yang lambat tender-tender baru keluar. Agaknya lah.. Kesian orang gomen kena tuduh dengan saya tapi hakikatnya kita semua tahu bukan majoriti orang gomen. Saya memang terasa perubahan tersebut. SPRM memang berkesan. Pegawai Kerajaan lebih telus sekarang. Pembaharuan memang ada. Bagus jugak Pakatan Rakyat buat bising. Bersih sikit kerajaan kita ni... biarlah diaorang terus jadi pembangkang. They are doing just fine. Terbaik sebagai pembangkang...

Sebahagian dari tulisan-tulisan saya ni diulang dari tulisan lama saya. Kalau tuan-tuan rasa dapat membantu kempen tuan-tuan.. silakan share sebanyak-banyaknya sebelum 5 Mei ni. Cepat-cepat sikit. Jangan ragu-ragu. Jangan malu-malu. Ada 2 hari sahaja lagi. Ini isu negara kita. Tanah tumpah darah kita. Pastikan ianya tersebar luas. Jangan bagi puak-puak pembangkang baca. Naik dia spin macam gasing pangkah kat Kelantan tu.. sia-sia jer saya tulis panjang-panjang.. dan jangan tinggalkan membaca/menonton video rujukan-rujukan di bawah kalau belum baca lagilah. Ia amat penting.

Rujukan:

1. Jasa Dr. M:
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/10/hot-akhirnya-rahsia-tun-mahathir.html

2. Dr. M masuk Ka'abah:
http://www.hasrulhassan.com/2010/11/tun-mahathir-pernah-masuk-ke-dalam.html

3. RM300 juta setahun utk Kelantan:
http://networkedblogs.com/KP9Ak

4. Kes Liwat DSAI:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bck-vQzaMtw

5. Penyelewengan PAS:
http://www.youtube.com/watch?v=eWB3kBawgec&feature=youtu.be

6. Isu Akidah:
https://www.facebook.com/photo.php?v=440156749400883&set=vb.358801000869792&type=2&theater

7. Tangan-tangan ghaib nak mengawal Malaysia:
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151547743293459

dan

http://youtu.be/mlSwijwwtao

8. Isu Manifesto PR:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F4%2F30%2Fnation%2F13045373&sec=nation&utm_source=TSOL_main&utm_medium=links&utm_campaign=GE13

9. Isu korang ni memang malas mengkaji:
http://carilah.sendiri.kat.google/.

SELAMAT MENGUNDI.

Kredit: https://www.facebook.com/zahari.zakaria.58

No comments:

Post a Comment